Sukacita dimaklumkan bahawa pada 5 & 6 Januari 2014, Pejabat KPKK Negeri Kedah telah melaksanakan program memperindahkan ruang pejabat. Program ini adalah kesinambungan daripada gotong-royong yang telah dilakukan pada 1 Januari 2014 yang lepas. Pengarah Negeri Kedah, Puan Siti Bt Bahuddin amat mengalu-alukan perkara ini dan telah memberi maklum balas positif terhadap usaha murni yang mendapat kerjasama dari semua kakitangan Pejabat KPKK Negeri Kedah.
SUDUT UNIT KESELAMATAN PERLINDUNGAN |
SUDUT UNIT SASARAN PENTING |
Usaha ini diharap dapat memberikan nafas baru kepada Pejabat KPKK Kedah sekaligus memberi semangat untuk menjana prestasi kerja yang lebih berkualiti.