SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH; "RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"

Thursday 9 January 2014

PROGRAM MEMPERINDAHKAN RUANG PEJABAT KPKK NEGERI KEDAH


Sukacita dimaklumkan bahawa pada 5 & 6 Januari 2014, Pejabat KPKK Negeri Kedah telah melaksanakan program memperindahkan ruang pejabat. Program ini adalah kesinambungan daripada gotong-royong yang telah dilakukan pada 1 Januari 2014 yang lepas. Pengarah Negeri Kedah, Puan Siti Bt Bahuddin amat mengalu-alukan perkara ini dan telah memberi maklum balas positif terhadap usaha murni yang mendapat kerjasama dari semua kakitangan Pejabat KPKK Negeri Kedah.
SUDUT UNIT KESELAMATAN PERLINDUNGAN

SUDUT UNIT SASARAN PENTING
Usaha ini diharap dapat memberikan nafas baru kepada Pejabat KPKK Kedah sekaligus memberi semangat untuk menjana prestasi kerja yang lebih berkualiti.

Wednesday 1 January 2014

MAKLUMAN GOTONG-ROYONG PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia telah mengadakan gotong-royong pejabat pada 1 Januari 2014 bermula pada pukul 9.00 pagi. Program ini dilaksanakan bersempena dengan kedatangan tahun baru dengan tujuan untuk menceriakan pejabat. Semua kakitangan pejabat CGSO Negeri Kedah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. 





Program ini juga dilaksanakan serentak dengan jamuan hari lahir Puan Pengarah Negeri Kedah, Puan Siti Bt Bahuddin.