SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH; "RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"

Unit Keselamatan Perlindungan

Objektif
Unit Keselamatan Perlindungan bertanggungjawab merancang, merumus, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan di agensi kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan tujuan melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan. Unit Keselamatan Perlindungan berperanan dalam memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan dari segi Keselamatan Fizikal, Dokumen, Peribadi dan Keselamatan ICT kepada semua Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun peringkat negeri Kedah Darul Aman. Unit ini juga adalah sebagai tempat rujukan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 mengenai dokumen-dokumen terperingkat dan khidmat nasihat kelengkapan keselamatan.
Fungsi
Skop fungsi tugas Unit Keselamatan Perlindungan dilaksanakan di bawah AKta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), Arahan Keselamatan, Surat-surat Pekeliling mengenai Keselamatan Perlindungan dan arahan lain yang berkaitan. Fungsi unit ini meliputi :
  • Melaksanakan tugas Keselamatan Perlindungan di Jabatan-Jabatan  Kerajaan Negeri dan menyediakan penentuan-penentuan kelengkapan dan bahan-bahan yang mempunyai ciri keselamatan;
  • Melaksanakan tugas menasihat serta menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan keselamatan di Jabatan-Jabatan Kerajaan di peringkat negeri untuk menentukan sama ada Arahan Keselamatan dipatuhi dan membawanya ke pengetahuan Pengarah Keselamatan Kerajaan Cawangan Negeri atas perbuatan-perbuatan yang melanggar keselamatan dan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang telah diterima;
  • Melaksanakan program syarahan Keselamatan Perlindungan kepada semua pegawai dan kakitangan awam dari masa ke semasa mengikut keperluan atau permintaan;
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan;
  • Melaksanakan tugas memberikan nasihat bercorak teknikal kepada Jawatankuasa mengenai keselamatan dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan mengenai masalah keselamatan.

No comments:

Post a Comment