SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH; "RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"

Info Korporat


PROFIL PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH

(CHIEF GOVERNMENT SECURITY OFFICE)


OBJEKTIF

Menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluarkan dan menentukan dasar keselamatan perlindungan dilaksanakan dengan sempurna.

     FUNGSI
  1. Menyedia dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan.
  2. Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan dari aspek fizikal, dokumen, personel, dan keselamatan ICT serta
  3. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Sasaran Penting serta, Pengerusi Tim Naziran Sasaran Penting.

     VISI

     Menjadi pusat rujukan keselamatan terunggul

     Misi
  1. Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan.
  2. Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.
  3. Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Keselamatan Perlindungan.
  4. Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua pelanggan.
  5. Meminimakan pelanggaran keselamatan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.

Motto

'Rahsiakan Rahsia Kerajaan'

Slogan

Keselamatan dan kerahsiaan kerajaan tanggungjawab bersama.

Dasar Kualiti

"Pejabat CGSO sentiasa komited dalam Pengurusan Pengendalian Tapisan Keselamatan; Inspektorat; Keselamatan Perlindungan Sasaran Penting / Kawasan Larangan dan Tempat Larangan; Peperiksaan; Latihan Keselamatan Perlindungan; Penyelarasan dan Keselamatan Fizikal dan Kelengkapan dengan cekap dan sistematik berdasarkan kepada Akta, Arahan, Garis Panduan dan Peraturan yang berkuatkuasa bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000. Pejabat CGSO akan melaksanakan penambahbaikan berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualitinya untuk meningkatkan keberkesanannya bagi meningkatkan lagi kepuasan pelanggan."


No comments:

Post a Comment